Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ibu Pejabat PPBM, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 23 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bersama-sama menyertai pemimpin Barisan Nasional, Warisan dan GPS serta sebahagian Ahli Parlimen PKR di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Meskipun sebelum ini Perdana Menteri dimaklumkan tidak hadir tetapi melalui maklumat terkini, Dr Mahathir dikatakan dalam perjalanan ke hotel berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, ramai pemimpin-pemimpin daripada parti berkenaan sudah muncul di hotel.

Turut kelihatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. – MalaysiaGazette