KUALA LUMPUR – IndeksPelopor, Serentak dan Susulan (IP) bagi Disember 2019 mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4 peratus.

(IP) merupakan salah satu alat yang memberikan maklumat berkaitan hala tuju ekonomi ke hadapan

Data rujukan ini adalah sebelum berlaku penularan wabak Covid-19.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pertumbuhan bulanan IP menguncup 0.8 peratus pada bulan terakhir 2019.

Ini disebabkan oleh penurunan import benar semi konduktor (-0.4%) dan jangkaan nilai jualan di sektor pembuatan (-0.4%).

“Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan IP (terlicin) kekal menggalakkan di atas trend yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi dijangka akan berterusan dalam tempoh terdekat tanpa mengambil kira kejutan dalaman dan luaran kepada ekonomi.

“Walau bagaimanapun, COVID-19 boleh menyebabkan gangguan kepada ekonomi dan ketidakpastian jika keadaan ini berpanjangan,” katanya. – MalaysiaGazette