Polis berada di kawasan pasar di Houtson yang menjadi lokasi kes tembakan. foto Agensi

HOUSTON – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pasar menyebabkan tujuh orang cedera.

Bagaimanapun, suspek tersebut telah ditahan di tempat kejadian.

“Tiada yang kritikal kerana kecederaan dan mangsa-mangsa telah diberi rawatan,” kata polis.

Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 7.41 malam, waktu tempatan. – MalaysiaGazette