TERKINI : Tun M Tolak Kejasama Dengan UMNO – Lim Guan Eng

Tun Dr. Mahathir Mohamad secara jelas menyatakan beliau tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Itu kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menceritakan pertemuannya dengan Mahathir di kediamannya pagi tadi.

“Mahathir telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan UMNO apabila kita telah bertungkus lumus untuk menolak UMNO dengan jayanya dalam Pilihan Raya Umum 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“DAP ingin memuji pegangan berprinsip Mahathir untuk menolak kerjasama dengan UMNO yang dimana pemimpin mereka terbabit dengan amalan-amalan rasuah yang telah menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai “kleptokrasi global yang terburuk.”

“Perlu dinyatakan bahawa ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk meletakkan jawatan atas prinsip untuk menegakkan integriti dan melawan rasuah,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast