Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam.

KUALA LUMPUR – Semua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kena main akhirnya.

Itu dakwaan bekas Presiden Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam mengulas spekulasi isu proses penubuhan kerajaan baharu.

Menurutnya, besar kemungkinan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri (PM) semula kerana mendapat sokongan majoriti termasuk dari Pakatan Harapan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Hari ini mereka (ahli-ahli parlimen) kena isi borang dalam penyataan sumpah baharu macam SD (akuan sumpah) mereka perlu mengakui apa pilihan mereka.

“Pertama, sama ada mahu bentuk kerajaan baharu dengan perdana menteri baharu dan kedua, jika mereka mahu pembubaran parlimen dilakukan,” ujarnya yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam siaran video di media sosialnya hari ini.

Lokman mendakwa ada empat calon PM iaitu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perkembangan terbaharu, Ketua Menteri Sarawak tiba-tiba ada kenyataan GPS beri sokongan Tun M kekal PM.

“Pagi tadi Tun M rupa-rupanya menghubungi GPS. Jika semua beri sokongan kemungkinan besar Tun M ada jumlah sokongan lebih 112 bentuk kerajaan bersama DAP, Amanah GPS dan PKR.

“Jadi hendak cakap apa semua kena main lagi, kalau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berunding dengan ahli parti melalui perhimpunan agung khas, saya yakin perkara buruk ini tak berlaku,” katanya lagi.

Apa pun, Lokman berharap keputusan majoriti ahli parlimen mahu kerajaan dibubarkan bagi memberi jalan kepada pilihan raya umum dan memberi mandat kepada rakyat menentukan kepimpinan negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

GPS tetap sokong kepimpinan Tun M

2 Komen

  1. menarik juga ceramah datok lokman ni. gps sokong mahadir. jadi pm. mahadir masuk dalam ph. anwar pun dah cakap biarlah mahadir jadi pm sampai habis penggal. kalau betul memang umno kena main

  2. Kerajaan hancing 2.0 yang bakal dibentuk nanti tidak akan menjadi kerajaan yang kuat kerana tidak punyai sokongan rakyat! Hanya meratib Non untuk jadi PM 48 jam sehari, 8 har seminggu! Ini kena jelas!

    Sokongan rakyat adalah kunci segala2nya!

Comments are closed.