SERI KEMBANGAN – Petugas-petugas media yang menunggu di pintu masuk kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence bagi membuat liputan perkembangan terkini kemelut politik tanah air dijamu pihak Marrybrown Malaysia.

Media yang mula berada di pintu masuk di situ sejak pukul 8 pagi lagi menerima sumbangan berkenaan daripada wakil restoran makanan segera itu yang turut bertanyakan lokasi lain dimana wartawan berada.

Ia sebagai meraikan petugas media yang dari awal membuat liputan mengenai pergerakan politik negara dari semasa ke semasa.

Sumbangan itu sedikit sebanyak menceriakan warga media yang bertugas bagi membawa liputan terkini kepada orang ramai berhubung krisis perlembagaan.

Untuk makluman, pihak media telah berkampung sejak semalam di perkarangan kediaman Dr Mahathir dan akan berada di situ sehingga majlis angkat sumpah kerajaan baharu berlaku. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.