ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia susut 1% dalam awal dagangan hari ini.

Pada jam 9.05 pagi, FBM KLCI merekodkan kerugian 14.99 mata kepada 1, 485.89, masih di bawah paras psikologi 1,500.

Antara kaunter yang merekodkan kerugian Dutch Lady Milk Industries Berhad, Nestle (M) Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, Genting Plantations Bhd dan Allianz Malaysia Bhd dan Sime Darby Plantations Bhd.

Reuters pula melaporkan saham-saham Asia merosot selepas Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya untuk bersiap sedia pandemik koronavirus.

Amaran itu mendorong penyusutan berterusan Wall Street dan hasil Perbendaharaan rendah.

S & P 500 dan Dow Jones Industrial Average, kedua-duanya susut lebih daripada 3% pada hari Selasa dalam sesi kerugian keempat berturut-turut, katanya.

Penyelidikan JF Apex Securities berkata, pasaran AS menjunam untuk hari kedua apabila pihak berkuasa kesihatan memberi amaran mengenai kemungkinan penularan wabak koronavirus di Amerika Syarikat.

Ia juga berkata, saham Eropah jatuh berikutan wabak koronavirus di Itali.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI naik 10.82 mata kepada 1500.88 mata.

“Berikutan sentimen pelabur yang lemah akibat koronavirus dan ketidakpastian politik, FBM KLCI boleh kekal di bawah rintangan 1,515 mata,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast