Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – “Negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.”

Itu harapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kata Ketua Penerangannya, Dr. Radzi Jidin yang berharap situasi politik sekarang dapat diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menyatakan sokongan penuh kepada Mahathir sebagai perdana menteri dan menolak peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Bersatu.

Mohd. Radzi. Md. Jidin
Mohd. Radzi Jidin

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Menurut Radzi, Muhyiddin juga telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen Bersatu untuk menyampaikan keputusan parti dan berharap supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada Mahathir sebagai perdana menteri.

“Kesemua Ahli Dewan Rakyat Bersatu menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, ahli-ahli Bersatu juga diminta bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepimpinan parti untuk menangani situasi politik semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. 22 bulan dah. Hancur. Skrg, nak lg? Dgn org yg sama? Lebih gagah?

    Mimpi jer lah. Atok akan dikenang sebagai perosak dan penjahanam agama, bangsa dan negara…

  2. Cukuplah tipudaya dan janji-janji kosong yang dibuat sebelum PRU-14. Biarlah rakyat membuka satu lembaran baru dalam sejarah Malaysia. Lagi pun Malaysia bukan ketandusan pemimpin-pemimpin yang berkeliber, cuma mereka tidak diberi peluang. Ada pemimpin politik veteran yang suka memdominasi arena politik di Malaysian, hinggakan tidak memberi peluang kepada bakat-bakat muda. Kata orang, “belum cuba, belum tahu”. Kepimpinan yang gagal adalah kepimpinan yang gagal menyiapkan pemimpin pelapisnya. May God save Malaysia.

Comments are closed.