Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR- Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend lemah pada hari ini membuktikan para pelabur tidak menyambut baik hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk semula kerajaan dengan majoriti mudah.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, tiada pelabur yang sanggup memperjudikan wang mereka kepada kerajaan yang tidak stabil.

“Kenapa pelabur tak sambut baik berita bahawa PH mungkin dapat majoriti mudah untuk kembali sebagai kerajaan?

“Siapa akan yakin dengan kerajaan yang sekejap bubarkan sendiri dan sekejap lagi mahu kembali?

“Bubarlah parlimen dan buat PRU baru untuk mengembalikan kestabilan kerajaan.

“Supaya keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara boleh dipulihkan secepat mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ketika dibuka pagi tadi indeks penanda aras FBMKLCI merekodkan kerugian hampir 15 mata kepada 1,485.89.

Ia masih berada di bawah paras psikologi.

Ketika krisis peralihan kuasa memuncak pada Isnin lalu, Bursa Malaysia menjunam melebihi 40 mata dan mencatatkan kerugian sebanyak RM43.4 bilion dalam masa satu hari.

Semalam, Barisan Nasional dan Pas mempersembahkan pandangan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan yang baharu.

Idea tersebut bagaimanapun ditolak oleh PH yang mengatakan mereka mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti mudah.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang tak terima tu bukan pelabur tapi najib penyamun… Sebab najib penyamun jeles dengan kerajaan perpaduan…

  2. You’re absolutely right Dato Seri sir..the biz community has long lost faith in this PHancing government.The rakyat has been waiting impatiently for the PH’s demise.Alhamdulillah now its gone..let’s pray they will not rise anymore..way to go PRU15!

Comments are closed.