KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menafikan dakwaan bahawa beliau dan 10 lagi bekas Ahli Parlimen PKR akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketika ditanya ura-ura tersebut, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, biarlah isu perbentukan kerajaan diselesaikan dahulu.
“Kita selesai yang ini dulu, yang penting semua mengadap Tuanku hari ini,” katanya di sebuah hotel selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Azmin berkata pihaknya kini menyerahkan kepada budi bicara Al-Sultan h Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah untuk baginda membuat keputusan.
“Yang lain itu kita serah pada budi bicara Tuanku,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin berkata pihaknya gembira dengan pertemuan yang diadakan dengan Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.
“Bagi saya dan rakan-rakan kita junjung kasih kerana Tuanku ambil tindakan yang berteraskan Perlembagaan dan peranan institusi Raja-raja itu sebenarnya amat penting dalam jamin keharmonian, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
“Jadi saya dan rakan-rakan melalui proses itu sebentar tadi, amat gembira berjalan cukup tertib teratur, aman damai,” katanya lagi.
Azmin bersama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar; bekas Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin hari ini selesai mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar dan semua Ahli Parlimen parti yang menyokong Anwar selesai bertemu Agong, hari ini -MalaysiaGazette
Gelap masa depan mcam vedio kabur tak leh cam.