PETALING JAYA – “Kita berubah dari sehari ke sehari,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) akan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menerima semula jawatan pengerusi parti itu hari ini.
Beliau berkata, berikutan perkembangan terbaharu itu juga tidak berbangkit soal keperluan untuk beliau menemui Dr Mahathir .
Presiden PKR yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kelapan itu turut ditanya adakah PH dan Dr Mahathir telah berpecah secara rasmi.
“Tidak, kami masih Pakatan Harapan. Dia (Dr Mahathir) yang meninggalkan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pakatan Harapan di Hotel Eastin hari ini.
Artikel berkaitan: Bersatu sahkan Dr M setuju kekal sebagai Pengerusi
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Dr Mahathir kembali memegang jawatan Pengerusi Bersatu selepas meletakkan jawatan pada Isnin lalu.
Dalam pada itu Pengeusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui mengunci mulut tentang mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu. -MalaysiaGazette
Kita berubah dari sehari ke sehari?
Hari ini u-turn, esok round about, lusa depan tulat belakang ke apa?
Ini binatang kamelion ke apa?