Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Nama Muhyiddin akan dihantar untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli- Ahli Parlimen Bersatu yang dihadiri oleh 36 wakil rakyat mereka.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hadir.  – MalaysiaGazette