KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tampil dalam sebuah episod dokumentari Netflix, Dirty Money.

Najib dan Rosmah dilihat dalam satu trailer musim kedua yang akan ditayangkan pada 11 Mac ini.

“Program Dirty Money menampilkan pandangan peribadi dan rapat mengenai kisah-kisah skandal, penipuan kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan.

“Musim ini ia akan menawarkan cerita yang kurang diketahui umum mengenai empayar hartanah Jared Kushner, skandal perbankan Wells Fargo dan kes rasuah 1MDB,” kata sinopsis musim terbaharu Dirty Money yang disediakan oleh Netflix.

Najib ketika ini sedang menjalani perbicaraan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram 1MDB manakala isterinya, Rosmah turut dibicarakan mahkamah berhubung penglibatannya dalam projek solar hibrid di Sarawak.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast