Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peniaga meramalkan prestasi perniagaan yang lebih perlahan pada suku tahun pertama 2020.

Petunjuk keyakinan terus menyusut kepada -2.1 peratus berbanding -0.5 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Sektor industri, pembinaan dan perdagangan borong & runcit menjangkakan prestasi perniagaan mereka kurang menggalakkan pada suku tahun pertama 2020.

Sektor pembinaan kekal menjadi sektor yang paling negatif dengan petunjuk keyakinan mencatatkan -13.8 peratus pada suku tahun pertama 2020 berbanding -8.1 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Petunjuk keyakinan bagi sektor perdagangan borong & runcit terus menurun kepada -5.3 peratus pada suku tahun rujukan.

Selain itu, sektor industri turut meramalkan prestasi yang kurang menggalakkan dengan petunjuk keyakinan -1.5 peratus berbanding -2.2 peratus yang direkodkan pada suku tahun keempat 2019.

Manakala, sektor perkhidmatan menjangkakan situasi perniagaan mereka kekal optimistik namun pada kadar yang lebih perlahan dengan petunjuk keyakinan yang lebih kecil iaitu +1.0 peratus berbanding +5.9 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Tambahnya, dari segi hasil kasar, 24.0 peratus responden menjangkakan hasil kasar mereka meningkat bagi suku tahun pertama 2020 manakala 32.1 peratus menjangkakan penurunan.

Perbezaan ini mendorong kepada imbangan bersih -8.1 peratus.

Dalam masa yang sama, 43.9 peratus responden meramalkan hasil kasar mereka kekal sama.

Tren pengambilan pekerja dijangka kekal positif pada suku tahun pertama 2020 dengan imbangan bersih +2.1 peratus, meningkat berbanding +0.9 peratus yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya.

Imbangan bersih ini didorong oleh 9.4 peratus pertubuhan yang berhasrat untuk menambah tenaga kerja, manakala 7.3 peratus pertubuhan menjangkakan pengurangan tenaga kerja pada suku tahun pertama 2020.

Menurutnya, peniaga juga kekal optimis terhadap prestasi perniagaan mereka bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 dengan imbangan bersih keseluruhan yang lebih kecil iaitu +1.1 peratus berbanding +6.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Semua sektor menjangkakan prestasi perniagaan yang positif kecuali sektor perdagangan borong dan runcit tetapi sektor industri dan perkhidmatan masing-masing meramalkan prestasi yang positif namun lebih kecil iaitu +1.9 peratus dan +2.4 peratus.

Sebaliknya, sektor perdagangan borong dan runcit terus meramalkan prestasi peniagaan menurun dengan imbangan bersih -2.9 peratus.

Sementara sektor Pembinaan meramalkan prestasi perniagaan mereka tidak berubah dengan imbangan bersih 0.0 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast