Penduduk Daegu beratur untuk memberi penutup hidung dan mulut susulan penularan wabak Covid-19.

SEOUL – Korea Selatan merekodkan kenaikan tertinggi jangkitan koronavirus dalam tempoh sehari kepada 594 kes yang disahkan pada hari Jumaat

Ia menjadikan jumlah jangkitan koronavirus atau Covid-19 kepada 2,931, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Manakala 17 orang telah meninggal dunia akibat virus itu setakat ini.

Korea Selatan adalah negara yang menyaksikan kenaikan kes jangkitan koronavirus tertinggi di luar China.

Selain Korea Selatan, kebimbangan kenaikan kes baru turut berlaku di California dan Oregon. – MalaysiaGazette