PETALING JAYA – Rata-rata pemimpin PKR yang keluar masuk Hotel Eastin yang merupakan lokasi perjumpaan parti itu tersenyum berbanding berwajah sigul dua hari lepas.

Kebanyakan mereka merupakan Ahli Parlimen begitu teruja dan sudah memberikan bayangan ‘kemenangan’.

Sumber MalaysiaGazette memberitahu, ketika ini kem Pakatan Harapan (PH) sudah hampiri mendapat bilangan yang mencukupi, malah hingga mencecah 131 Ahli Parlimen menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kamu tunggulah Selasa ini, benar dalam politik ini sememangnya banyak yang kita tidak boleh jangka tetapi rasanya kemenangan memang sudah kita hampiri pada masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika bertemu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng yang kelihatan gembira berkata: “We are okay, please wait (Kami okey, tolong tunggu)”.

“Apa yang penting agenda reformasi serta kebajikan rakyat serta janji manifesto. Itu perlu diteruskan. Tidak boleh berpolitik seperti ini lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast