Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berbual dengan Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid di kediaman Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan dirinya sebagai perdana menteri kelapan selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh telah menjejaskan kredibiltinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rakyat boleh melihat dan menilai sendiri pendirian Dr Mahathir yang kerap kali bertukar.

“Kita pun tak tahu hari ini lain, esok lain, lusa lain, semalam lain. Kita nak komen pun susah, sebab kejap lagi mungkin tukar fikiran.

“Tun M dah tukar fikiran, banyak kali dah. jadi kita tengok, kredibiliti Tun dah terjejas,” katanya ketika ditemui di perkarangan kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bersama seorang lain Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menemui Muhyiddin dan keluar jam 1.30 petang tadi.

Dalam pada itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera itu berkata beliau jelas keliru dengan keputusan Dr Mahathir.

“Mula-mula nak, lepas itu nak berhenti. Lepas itu bila Muhyiddin setuju, dia nak balik pula.

“Lepas itu setuju pula Muhyiddin dicalonkan. Hari ini, tak setuju lagi, kita tak tahu, jadi susah nak komen ini,” katanya.

Sebelum ini Mahathir berkata, beliau bersedia memimpin semula kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan pertemuan dengan pemimpin gabungan politik itu pagi ini.

“Saya kini percaya mempunyai sokongan majoriti yang diperlukan di Dewan Rakyat.

“Justeru saya bersedia menjadi calon perdana menteri. Keputusan ini akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkembangan terbaru ini muncul selepas Muhyiddin dijangka dilantik sebagai perdana menteri berikutan sokongan yang diberikan kepadanya semalam.

Pakatan Harapan juga mengesahkan dalam satu kenyataan media, membidas usaha pembentukan “kerajaan pintu belakang” yang melibatkan “pengkhianat dan kleptokrat”. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kpd peminpin tertinggi umno, berhenti lah dari menyanjung manusia bernama Mahathir Mohamad. smemangnya dia amat membenci parti umno ini dgn kita melihat situasi hari ini. jgnlah lagi ditafsir akal fikiranya yg smmngnya seorang PENDUSTA serta tamak dgn KUASA di tambah lg dgn pnyakit NYANYOK.

Comments are closed.