PETALING JAYA – Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman Istana Negara berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 sebentar tadi.
Kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, pihak Istana tidak memberikan sebarang tempoh masa bagi mengumpulkan bilangan sokongan kedua-dua belah pihak.
Jelas beliau, ketika ini beliau bersama yang lain dalam Pakatan Harapan (PH) sebenarnya dalam proses mengumpulkan angka dalam bentuk SD.
“Kami yakin angka sudah cukup, sememangnya ’numbers’ kita dalam PH sudah ada kerana itu terkejut apabila pengumuman sudah dibuat tadi.
“Ketua-Ketua parti sudah ke Istana pagi tadi dan kami di sini pula kumpulkan lagi nombor, sampai jam 5 petang kami masih sedang kumpulkan angka sebagai sokongan. Tidak sangka pula ada pengumuman,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Hotel Eastin tadi.
Kata Salahuddin, tindakan susulan sama ada rayuan akan dibuat atau mempersembahkan angka terbaru sokongan mereka dalam PH Itu pada mesyuarat di Yayasan Al-Bukhary sebentar lagi.
“Kita akan cuba adakan mesyuarat petang ini dan lihat segala peraturan serta saluran Perlembagaan sebelum kemukakan pada YDPA,” ujarnya. -MalaysiaGazette
A decision was made…don’t worry be happy