KUALA LUMPUR – Sorakan gembira dirakam di kediaman peribadi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik saja mendapat maklumat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Penyokong dan Ahli Parlimen Bersatu yang berkampung di kediaman beliau sejak pagi tadi dilihat saling berpelukan dan bersalaman.

Mereka juga dilihat mengucapkan tahniah sesama mereka sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Turut kedengaran jeritan ‘Hidup Tan Sri’ dan ‘Kekal Tenang’ dilaungkan di perkarangan kediaman Muhyiddin.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tiba dikediaman Muhyiddin turut melemparkan senyuman kepada pengamal media dan wartawan.

Muhyiddin dijangka akan mengadakan sidang media di kediamannya, sebentar lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.