TERKINI : Saya Tak Fikir Tun M Akan Kucar-Kacirkan Negara – Rais Yatim

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Tan Sri Dr Rais Yatim percaya Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengkucar-kacirkan negara ekoran kemelut politik yang melanda negara, kini.

Keyakinan itu dilahirkan dengan mengambil kira pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama lebih 24 tahun biarpun kini Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri yang baharu.

“Saya tak fikir (Tun akan kucar-kacirkan negara) dan rakyat akan menzahirkan pandangan Tun misalnya seorang yang bijaksana, saya percaya beliau tidak mahu melihat negara ini kucar kacir, beliau sudah jadi PM 24 tahun dalam tempoh diberi oleh Allah,” katanya kepada media selepas selesai mengunjungi rumah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.