Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Zikir dan Selawat Nuril Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan di Ibu Pejabat parti itu petang tadi yang disifatkannya berpunca daripada  segelintir penyokong yang hilang pertimbangan.

Katanya, setia atau setegar mana sekalipun penyokong dan ahli  parti, mereka sepatutnya bijak mengawal kemarahan dan  tidak  mengeluarkan kata-kata yang kesat.

“Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan menyerang.

“Kalau benar penyokong tegar mesti ada akhlak kawal disiplin jangan caci maki jangan fitnah kerana bertentangan prinsip akhlak,” katanya di Majlis Zikir Selawat Nuril si kediamannya di Segambut malam ini.

Beliau mengulas mengenai kekecohan di Ibu pejabat PKR di Tropicana petang tadi apabila apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil melaungkan kata-kata kesat.

Mereka yang kelihatan marah dan tidak sabar menjerit-menjerit “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan telah menikam parti itu dari belakang.

Antara yang teruk “dibelasah” oleh penyokong PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, meskipun ada pemimpin yang berbeza pendapat namun ahli PKR tidak patut bertindak kasar menyerang mereka.

“Mereka ini pemimpin kadang berbeza sedikit pendapat, kita tidak ada hak bertindak begitu saya tidak ada pilihan serah kepada pihak berkenaan dan Lembaga Disiplin parti,”tambahnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.