KUALA LUMPUR – Nama Maisarah masih setahun jagung tetapi peluang diberi untuk beraksi di dua pentas sempena acara gilang Indonesia Street Jazz Jakarta pada 8 Mac nanti membuktikan penyanyi itu mempunyai prestij tersendiri.
Maisarah juga pemain ukulele mendapat pujian pemuzik hebat dan Presiden Of Indonesia Bass Famili Harry Toledo ketika ditemukan dan ‘jamming’ di dalam salah satu acara Januari lepas di Jazz Ampang & Road To Jazz Youth Festival di Motion Blue Jakarta pada 27 Februari lalu.
Maisarah diberi peluang untuk beraksi di acara muzik genre jazz pertama kali di Indonesia yang digelar di jalanan. Para pemuzik jazz kenamaan Indonesia turut meramaikan acara terbesar ini. Programnya akan ada lima panggung jazz di sepanjang area Car Free Day Sudirman – Thamrin.
Indonesian Street Jazz Festival akan diadakan pada 8 Mac 2020 antara jam 6 hingga 11 pagi.
Indonesian Street Jazz Festival 2020 menampilkan artis-artis seperti Kemala Ayu n Friends, Jimmy Manopo dan Agam Hamzah Group.
Maisarah akan beraksi di dua pentas sempena Indonesian Street Jazz, Jakarta 8 Mac ini bersama Harry Tledo sebagai pengarah muzik dan juga anggota kumpulan jazz terkenal seanterio indonesia, Turbulance of Soul Band.
Menurut Harry Toledo, Maisarah yang merupakan artis remaja berusia 19 tahun mempunyai keunikan suara tersendiri dan vocal yang lain dari yang lain dan beliau akan menerbitkan single terbaru Maisarah di Indonesia pada bulan April nanti.
Ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia kerana julung kali artis Malaysia mendapat tempat di negara yang kaya dengan genre muzik jazz di seluruh Asia Tenggara.
Harry Toledo merupakan pemain bas untuk album artis terkenal Indonesia seperti Krisdayanti, Ari Lasso, Eliana Dewi, Tompi dan Iway. – MalaysiaGazette