Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan memaklumkan mempunyai sokongan 112 Ahli Parlimen bersamanya untuk memulakan sidang pertama bagi penggal ketiga yang dijadualkan pada 9 Mac seperti yang dijadual.

Jumlah itu kurang dua berbanding didakwa sebelum ini.

“Dengan sokongan 112 Ahli Parlimen memohon sidang pertama bagi penggal ke-3 Parlimen akan diteruskan pada 9 Mac seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakatan Harapan berkata, sidang tersebut adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara.

Ia juga menyatakan Datuk Seri Saifuddin Nasution dilantik sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang baharu. – MalaysiaGazette