Pegawai Istana Negara, Sophian sedang menjalani saringan Covid-19 di sebuah pusat perubatan selepas diwajibkan oleh Istana susulan kemungkinan ahli parlimen kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

KUALA LUMPUR – Semua pegawai dan kakitangan Istana Negara diwajibkan membuat saringan Covid-19 hari ini.

Tindakan itu menyusul berikutan berita yang memaklumkan kemungkinan ada dalam kalangan ahli parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Mesej pegawai Istana Negara menjalani saringan telah dimuat naik oleh salah seorang pegawainya, Sophian Ab Rahman dalam akaun twitter peribadinya hari ini.

Mesej Sophian Ab Rahman@sophianrahman77 berbunyi bahawa: Berikutan berita yang memaklumkan berkemungkinan adanya dalam kalangan ahli parlimen yang mempunyai close contact dengan pesakit Covid-19, semua pegawai dan staf Istana diwajibkan membuat saringan.

“Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini. Amin,” katanya.

Beliau turut memuat naik gambar beliau yang bersut lengkap dan bersongkok sedang menjalani saringan kesihatan di sebuah hospital tidak didedahkan namanya.

Dalam gambar berkenaan kelihatan Sophian duduk di dalam bilik dan diperiksa jururawat yang mengenakan pakaian perlindungan khas menggunakan pengimbas suhu badan untuk menentukan kemungkinan pegawai berkenaan terdedah risiko Covid-19 atau sebagainya.-MalaysiaGazette