Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilihat keluar daripada Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) petang ini.

Beliau yang memasuki YKP pada jam 2.40 petang itu bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.

Pertemuan itu dibuat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama lebih sejam.

Abdul Hamid meninggalkan YKP jam 3.50 petang. -MalaysiaGazette