Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof (dua kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Buku 'Malaysian Parlimentary Procedure' di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 02 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat masih menunggu sebarang perkembangan terkini mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini.

Bagaimanapun Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof enggan mengulas lanjut dan tidak mengendahkan asakan soalan daripada pihak media.

“Saya masih menunggu balasan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran buku Malaysia Parliamentary Procedure di Parlimen di sini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan terkini sama ada Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Semalam Mohd Ariff memberitahu sesi yang dijadual berlangsung pada Isnin depan mungkin ditangguhkan pada satu tarikh baharu.

Beliau berkata, pihaknya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan kepastian dan tarikh baharu mengenai perjalanan sidang Dewan Rakyat.

“Mungkin tidak (9 Mac), saya akan berhubung secara rasmi dengan PMO (Pejabat Perdana Menteri) esok,” katanya seperti dilaporkan sebuah media.

Mengikut jadual asal, istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 sepatutnya berlangsung 9 Mac ini dengan perasmiannya akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiGazette

3 Komen

  1. Dlm keadaan ekonomi yg tak mengizinkan serta rakyat yg dah letih dgn kemelot politik yg tak menentu, tak perlu diadakan pilehanraya di Melaka demi untok mengikut hawa nafsu KM shj.

  2. Ketua mentrri tu hanya ikut telunjuk dap sahajatak tahu buat kerja. Masalah airpun tak mampu diselesaikan. Tepi lah bagi orang yang boleh selesai masalah jaji ketua menteri melaka.

Comments are closed.