Dewan Rakyat Parliament
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk meluluskan atau tidak meluluskan usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata, beliau berpendapat di bawah sistem demokrasi, Speaker tidak harus menolak sebarang usul tidak percaya yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja.

“Mana-mana Ahli Parlimen boleh mengemuka usul, mereka boleh mengemuka atas nama individu atau secara berkelompok.

“Speaker bagaimanapun boleh menafikan usul itu jika ia bukan usul kecemasan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Memandangkan sidang Dewan Rakyat sudah dijadualkan pada 9 Mac, Abdul Fareed justeru percaya mesyuarat tidak akan dibatal atau ditundakan.

“Parlimen tidak semestinya perlu diadakan dalam keadaan yang mempunyai barisan Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau juga percaya perkhidmatan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof sebagai speaker akan diteruskan memandangkan tempoh pelantikannya adalah sehingga pembubaran Parlimen.

“Melainkan terdapat undi tidak percaya, maka speaker boleh digantikan.

“Memandangkan keadaan ini berlaku di Malaysia buat pertama kalinya, maka perlu penyelidikan mendalam kepada Perlembagaan,” katanya.

Walau bagaimanapun, China Press pula melaporkan keadaan bertentangan dengan menjangkakan sidang Dewan Rakyat mungkin ditundakan disebabkan kerajaan memerlukan masa untuk membentuk Kabinet.

“Kerajaan memerlukan masa untuk memilih orang dan membentuk Kabinet sebelum upacara angkat sumpah di istana.

“Menteri seterusnya perlu memulakan tugas di kementerian masing-masing,” kata sumber kepada akhbar itu.

Sumber juga percaya bahawa Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan percaturan untuk menghadapi pelbagai cabaran.

“Perikatan baharu adalah dianggotai secara majoriti oleh anggota Barisan Nasional (BN) yang sangat berpengalaman, mereka mampu memulihkan pentadbiran ke landasan yang normal dalam masa yang singkat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Daulat Tuanku.
    Sembah patik mohon berbicara pada tuanku.

    Dari seorang rakyat biasa mewakili 7 juta rakyat Malaysia yg telah dinafikan hak nya pada masa ini.

    Dimana undi kami keatas kemenangan majoriti keatas ph telah dinafikan dengan melantik@membentuk kerajaan dari kumpulan politik yg kalah dalam pru lepas.

    Ampun tuanku.
    Patik mengharapkan sudilah kiranya Tuanku menasihatkan YAB TS Muhyidin Yasin utk mengadakan sesi sidang parlimen pada kadar segera & memberikan peluang wakil-wakil kami yg telah kami undi@pilih pada pru ke 14 memilih jawatan PM Malaysia.

    Agar kami tahu sama ada mereka yang telah kami undi ini dgn pengorbanan wang ringgit, masa & kepanasan beratur panjang ketika mengundi dapat dihargai & menjalankan amanah yg kami beri atas nama Lailahaillallah, Muhammad Rasullullah saw dapat mereka tepati.

    Utk kami dapat menilai kembali kejujuran mereka dihadapan kami yang bersaksikan Allah swt utk mereka pikul tanggung jawab, sama ada didunia ini mahupun di akhirat kelak.

    Ampun Tuan ku.
    Sembah patik mohon diampun.

    Pengundi yg terkhianati.
    Sungai buloh, Selangor.

    Daulat Tuanku.

Comments are closed.