Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk A. Kadir Jasin bercakap kepada media pada Mesyuarat Tertutup Ahli Bersatu dan ARMADA di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin menegaskan, hanya ada satu kem sahaja di dalam parti itu iaitu kem Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mana-mana pemimpin yang mendakwa wujud kem lain dalam Bersatu adalah tidak diiktiraf parti itu.

“Kita mengambil ketetapan, kita menolak kemungkaran, jadi kita tidak ada kem. Kalau pemmpin lain kata ada kem, itu adalah kata mereka dan kita tidak akui itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan ketua-ketua bahagian Bersatu bersama Dr Mahathir di sini malam tadi.

Pertemuan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden Bersatu), Datuk Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Bersatu),  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Armada) dan  Mahathir Mohd Rais (Ketua Bahagian PPBM Segambut).

Dalam pada itu, Kadir mengakui kem pengerusi yang kini dilhat menongkah arus berhadapan masalah untuk sampai kepada ahli-ahli yang menyokong perjuangan mereka.

Sehubungan dengan itu, katanya, kumpulanterseut akan mengadakan siri pertemuan dengan sekumpulan individu seperti mana yang dilakukan pada malam tadi.

Ditanya sama ada Bersatu akan memecat ahli-ahli atau pemimpin yang menyokong Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, katanya, terpulang kepada parti dan ada proses yang perlu dilalui.

Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin telah membawa parti itu keluar dari Pakatan Harapan menyebabkan Dr Mahathir melepaskan jawatan pengerusi  Isnin minggu lalu selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Artikel berkaitan: Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu

Artikel berkaitan: Bersatu tolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti

Bagaimaapun, dua hari selepas itu, Dr Mahathir memutuskan untuk kembali ke jawatan tersebut dan menamaka dirinya sebagai calon perdana menteri kelapan berikutan sokongan yang diperolehinya. – MalaysiaGazette