KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Dewan Rakyat bersidang pada akhir Mei atau awal Jun 2020 setelah mengambil kira beberapa perkara termasuk bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata, selain itu Dewan Rakyat juga memerlukan masa untuk menyediakan notis, tempoh mengemukakan soalan oleh Ahli Parlimen dan edaran soalan kepada kementerian untuk jawapan.
“Perlu dan wajib bersidang sebelum 5 Jun 2020…mengambil kira berbagai Faktor termasuk puasa dan hari raya, akhir Mei atau awal Jun adalah paling sesuai,” katanya dalam akaun Twitter.
Cadangan tersebut dilakukan berikutan banyak pihak mempertikai penangguhan persidangan Dewan Rakyat dan mahukan ia diadakan pada tarikh asal iaitu 9 Mac ini.

Sementara itu, Annuar mengingatkan kerajaan baharu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerapkan sikap murni dan mendahulukan rakyat.
“Baiki kesilapan dan usah mengejar jawatan dan tinggalkan asas perjuangan.
“Tumpu pada agenda dan Piagam Muafakat Nasional.
“Negara perlukan penyelesaian mutlak. kita belum kemana-mana, kekalkan keamanan dan kestabilan dan teguhkan perjuangan Muafakat Nasional,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin Barisan Nasional agar tidak terlalu gembira dengan apa yang sedang berlaku sehingga hilang fokus dan jangan meniru gaya Pakatan Harapan yang ego dan sombong dengan kuasa yang dimiliki. -MalaysiaGazette

















beri ulasan meniru gaya Pakatan Harapan yang egoh dan sombong dgn kuasa yg dimiliki- dianggap satu penghinaan bagi Parti tersebut- ditegaskan pemimpin jgn buat penghinaan sesama makhluk aswt…