Leow Thye Yih

TAIPING – Dengan keadaan mungkin bertukar kerajaan negeri pada bila-bila masa, hala tuju seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mencuri tumpuan.

Sinchew Daily melaporkan, ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih yang tidak sehaluan dengan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming gagal dihubungi media yang mahu bertanya tentang hala tuju politiknya.

Pesanan ringkas tetapi penuh teka-teki ADUN itu dalam satu kumpulan sembang bagaimanapun mencetuskan pertanyaan.

Menurut Thye Yin, PH Perak hanya mempunyai 28 kerusi berbanding 31 kerusi milik UMNO-Pas-Bersatu yang membolehkan pakatan baharu itu membentuk kerajaan.

“Persoalan sekarang adalah kerajaan baharu hanya akan mempunyai wakil orang Melayu, siapa yang akan memelihara kepentingan kaum Cina dan India,” tanya Thye Yih dalam kumpulan sembang.

Walau bagaimanapun, seorang lagi ADUN iaitu Paul Yong yang juga kurang akrab dengan Kor Ming telah menafikan dirinya akan bertukar kapal.

Paul menegaskan dirinya masih merupakan ahli DAP dan anggota Exco kerajaan PH.

“Saya dengan kerajaan dan nak lompat ke mana? Lompat ke pembangkang? Kenapa mahu lompat sana sini? Saya bukan katak,” katanya dipetik Sinchew Daily.

Seorang lagi Exco kerajaan PH Perak, Tan Kar Hing daripada PKR pula berkata, berita kononnya ADUN PH akan melompat ke Perikatan Nasional adalah berita yang dilepaskan UMNO dan merupakan perang psikologi ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Intering-interinglh .kerajaan allah saja yg kekal.kalu ada mata pejam.ada telinga sumbat.hati dh jadi kebatu.ikut saja fahaman sakula
    .

Comments are closed.