BEIJING – Jumlah jangkitan Covid-19 di China menurun sejak beberapa hari lalu tetapi di Korea Selatan melonjak semula kepada 5,000 kes.

Suruhanjaya Kesihatan China berkata, sebanyak 125 kes jangkitan baru dalam beberapa hari lalu – angka paling rendah sejak 20 Januari lalu.

Manakala angka kematian adalah 31 orang, menjadikan jumlahnya sebanyak 2,943 dengan 80,151 kes jangkitan.

Di Korea Selatan pula menyaksikan jumlah jangkitan kes sebanyak 5.186 dengan 800 kes baru, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Korea (KCDC) yang kebanyakan berlaku di Daegu dan wilayah Gyeongsang.

Angka kematian pula meningkat kepada 31 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast