Dr. Afif Bahardin

GEORGE TOWN – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin telah melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri selepas diminta berbuat demikian.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam pengumuman ini berkata, Dr Afif telah menghantar surat peletakan jawatannya pada jam 8.15 pagi tadi.

Peletakan jawatan Dr Afif berkuatkuasa hari ini.

“Saya akan memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undnag-Undang dan Pegawai Kewangan tentang peletakan jawatan beliau.

“Kita akan maklumkan perkembangan seterusnya,” katanya.

Dr Afif dipercayai melepaskan jawatannya susulan desakan daripada kepimpinan PKR ekoran kemelut politik hingga menyaksikan perubahan pentadbiran Putrajaya.

Bekas Exco itu diketahui sebagai penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang telah dipecat. – MalaysiaGazette