Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dikatakan akan mengadakan sidang media tergempar petang ini namun membatalkan niatnya.

Beliau yang memohon maaf kerana pembatalan itu dalam masa yang sama memaklumkan sidang media tersebut diatur tanpa pengetahuannya.

“Maaf ya kawan-kawan. Oleh sebab manager kepada Datuk (Aliff Syukri) yang awalnya mahukan sidang media ini tanpa pegetahuan Datuk. Bagaimanapun Datuk Seri Aliff membatalkan PC (sidang media) ini kerana kes masih dlm siasatan,” kata sebaran Whatsapp daripada sumber terdekat jutawan kosmetik berkenaan hari ini.

Pagi tadi sumber yang sama memaklumkan Aliff Syukri itu akan merungkai persoalan berhubung kes dera melibatkan anak angkatnya yang dibuat berdasarkan laporan polis menerusi sidang media tergempar petang ini.

Difahamkan, polis telah menyiasat dakwaan itu dan suspek sudah diambil keterangan.

Terdahulu berdasarkan maklumat pengadu, suspek yang merupakan usahawan kosmetik itu telah memukul anak angkatnya semasa berada di kediamannya kerana ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dakwaan pukul anak angkat, Aliff Syukri buat penjelasan hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast