marzuki mohamad
Marzuki Mohamad

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa mulai 1 Mac lalu.

Marzuki, 46 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999 dan kemudian dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan pada tahun 2013 hingga 2015.

Pada tahun 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Berikutan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau telah kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. 2 sarjana dalam undang2 dan sastera, 1 Phd dlm sains politik. Perghhh power.. Moga berkerja dgn baik demi agama.

Comments are closed.