Najib Razak

KUALA LUMPUR – “Apa yang tak sempat?,” soal Datuk Seri Najib Razak kepada Lim Guan Eng.

Soalan itu dilontar kepada bekas Menteri Kewangan itu selepas Guan Eng mendakwa Kementerian Kewangan sudah meluluskan formula Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi (PTPTN) yang meluluskan pembayaran balik pinjaman selepas gaji melebihi RM4,000 sebulan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Guan Eng mempunyai masa sekurang-kurangnya 655 hari dalam kerajaan.

Sedangkan kata, Najib berkata, beliau menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 dan dalam masa enam bulan sahaja kerajaannya mengumumkan hadiah besar buat PTPTN.

Hadiah itu ialah menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2012, Najib berkata, beliau memberi diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN semasa membentangkan Bajet 2013.

“Saya mansuhkan PTPTN terus kepada pelajar cemerlang.

“Boleh check perenggan 154. https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub13.pdfpdf.

“Wayang belum habis ke, Guan Eng?,” sindir beliau. – MalaysiaGazette

MoF sudah lulus formula bayaran balik PTPTN tapi tak sempat umum

5 Komen

  1. Bagi bantuan kat sekolah cina swasta sempat pulak…tipu tertipu di tipu oleh penipu.

  2. Lge nk kata dia la yg hampir2 beri kelonggaran kpd peminjam ptptn…. Mmg bodoh la sepet sorang ni.. Semua ciplak BN punya idea… Kesian PH nampak bodoh nya di situ…

  3. lge ni mmg pengkianat nrgara .. peruntukkan sekolsh disekat diambil bagi ke sekolah cina .. mcm ni ke org melayumasih nak sokong si bangsat lge ni .. menghancurkan ekonomi org melayu .. mmg betil DAP ni bangsa resis ..

Comments are closed.