KAHERAH – Arab Saudi membuka semula Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah selepas kerajaan negara itu menutupnya untuk kerja-kerja pembasmian kuman bagi membendung penularan Covid-19 (koronavirus), lapor rangkaian televisyen, Al-Ekhbariya seperti dipetik Reuters

Arab Saudi menutup kedua-dua lokasi itu untuk jemaah umrah dan pelawat dari 25 negara bagi menghalang penularan virus tersebut.

Ia berkata, warga dan penduduk Negara-negara Teluk yang berhasrat untuk memasukinya perlu menunggu selama 14 hari selepas pulang daripada negara di luar rantau tersebut.

Lima kes koronaviris dilaporkan direkodkan di Arab Saudi.

Adalah tidak jelas daripada laporan Al-Ekhbariya bahawa jemaah dibenarkan memasuki kedua-dua lokasi itu. – Agensi