Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan selepas disyaki mendera anak perempuannya berusia 17 tahun di Taman Pandan Mewah, Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu Rabu lalu sebelum menahan wanita berusia 39 tahun itu semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan melecur di perut mangsa selain cedera di bahagian kuku dan patah gigi.

“Mangsa mengalami gangguan emosi sehingga enggan pulang ke rumah. Remaja itu dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Noor Azmi berkata, suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman lima hari sehingga 10 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama