Syed Rosli Jamalullail
Syed Rosli Jamalullail

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja menteri, para pemimpin UMNO yang mempunyai kes di mahkamah juga tidak wajar memegang apa-apa jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin yang akan memastikan barisan Kabinet yang akan dilantik nanti mempunyai intergriti dan kredibiliti.

“Dengan ini ianya jelas bahawa pemimpin UMNO yang terpalit dengan skandal rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah sepatutnya tidak dilantik sebagai menteri Kabinet apatah lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri,” ujar Syed Rosli Jamalullail dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut pemerhati politik dan ahli UMNO Pandan itu, walaupun kebiasaannya Presiden UMNO akan mendapat jawatan tinggi di dalam sebuah kerajaan namun ia berbeza kerana kerajaan hari ini juga terbentuk kerana usaha keras dan watak penting di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ahli parlimen bebas.

“Selari dengan harapan rakyat yang mahukan para menteri yang bersih dari skandal rasuah dan mempunyai kredibiliti tinggi maka jelas yang Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) tidak layak memegang apa-apa jawatan di dalam Kabinet mahupun di dalam GLC,” ujarnya sambil menambah ia adalah suara majoriti akar umbi rakyat berdasarkan tinjauan dilakukannya baru-baru ini.

Ketetapan itu perlu dalam usaha kerajaan mahu melihat barisan jemaah menteri yang bersih dan diyakini rakyat.

Bagaimanapun, kata Syed Rosli, UMNO masih tidak ketandusan pemimpin yang tidak terkait dengan kes mahkamah seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Beliau berpengalaman dan merupakan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Rakyat sebelum ini dan memegang jawatan Naib Presiden UMNO selain adalah antara pemimpin parti yang bersih.

“Ismail Sabri adalah calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai TPM,” katanya.

Selain Ismail Sabri, mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Naib Presiden UMNO juga antara calon yang sesuai untuk dipertimbangkan sebagai menteri Kabinet selain beberapa nama lagi yang bersih dan boleh diangkat untuk menjadi menteri Kabinet.

“Akhir sekali, semua terpulang kepada kebijaksanaan PM untuk membuat keputusan dan memilih.

“Kita doakan agar barisan Kabinet yang bakal terbentuk nanti merupakan Kabinet yang berintergriti tinggi dan mempunyai kredibiliti tinggi,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ya. Dlm umno terutama di bahaguan akar umbi pun tak mahu DS Zahid malahan tuan badan sendiri pun kata, dia xnak jawatan apa2 pun… Biar dia selesai kes dia. Bersalah atau x tu biar mahkamah tentukan. Jgn lakukan kesilapan sebagaimana PH lakukan. Rakyat memerhati

  2. Semua pemimpin UMNO tolak lah semua jawatan dlm kerajaan..biar UMNO jd tukang sorak jer..

Comments are closed.