Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia menggantung dagangan jualan singkat harian proprietari (PDT) dan jualan singkat harian (IDSSS) bagi saham-saham minyak dan gas (O&G) pagi ini.

Penggantungan itu disebabkan harga terakhir susut lebih 15% daripada harga rujukan.

Syarikat-syarikat tempatan O&G menyaksikan penurunan sehingga 90% pada dagangan awal.

Malah saham-saham O&G rekodkan paras terendah.

Antara kaunter terlibat ialah Dayang Enterprise Holdings Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Bumi Armada Bhd, Serba Dinamik Holdings Bhd, Dialog Group Bhd dan Muhibbah Engineering (M) Bhd.

Penurunan ini disebabkan oleh kejatuhan ketara harga minyak selepas usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan tidak berjaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast