TERKINI : Kerajaan Perikatan Nasional Bakal Pikul Kerosakan Yang Diwarisi PH

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal memikul cabaran yang jauh lebih besar berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mewarisi daripada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Razak, PH mewarisi ekonomi negara yang kukuh ketika mengambil alih dari BN Ketika itu, katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kukuh pada kadar 5.9% pada tahun 2017 sehingga Bank Dunia kata Malaysia bakal capai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.