TERKINI : Kita Memerlukan Strategi Meliputi Jentera dan Aset-aset Udara – Hamzah Zainuddin

Kerajaan sentiasa serius untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan di sempadan di seluruh negara ini bagi menangani ancaman pencerobohan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pendekatan itu akan diambil dengan memperkasakan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Beliau turut mengakui wujudnya lokasi yang disifatkan lemah bukan sahaja melibatkan sempadan negara jiran namun termasuk laluan laut.

“Kita memerlukan strategi yang meliputi jentera dan aset-aset udara bagi menangani isu ini secara serius.

“Kalau tidak, timbul masalah pendatang asing dan kita tidak tahu pintu sempadan utama mana yang longgar,” katanya.