Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak.

Pengelola Bijaya DiRaja kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengumumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN untuk dilantik menjawat jawatan tersebut.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung hari ini pada jam 3.30 petang di Istana Iskandariah, Perak.

“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, pada timbangan Baginda, Yang Berhormat Datuk Seri Faizal mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ADUN-ADUN untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan Pengerusi Parti Bersatu Perak itu akan dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Harapan di negeri itu tumbang.

https://malaysiagazette.com/2020/03/13/ahmad-faizal-azumu-mb-perak-sekali-lagi/

Petang semalam, Perikatan Nasional Perak yang terdiri daripada UMNO, Pas dan Bersatu telah mengemukakan nama tiga calon menteri besar baharu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Calon tersebut termasuk Ahmad Faizal, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.- MalaysiaGazette.

 

 

2 Komen

  1. Rahmatan Lil Alamin… Aziz Bari semasa membela diri kes mahu tendang Peja sebelum ni declared bahawa Bossnya DAP tidak pernah umumkan dia ganti kerusi Peja… tau sbb apa, sbbnya kes rancang sulit telah terbongkar… rakyat tau dahh

Comments are closed.