Tan Sri Shahrir Abdul Samad UMNO party
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Meskipun ada yang keliru dengan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kemelut yang melanda parti itu, tetapi hakikatnya parti tersebut semakin kuat selepas terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Buktinya, sebahagian pemimpin Bersatu yang tidak menyokong Muhyiddin kerana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada dalam parti tersebut.

Sebahagian lagi ahli-ahlinya, terutama Ahli- Ahli Parlimen UMNO yang lompat parti berada dalam Kabinet Muhyiddin.

Malah, Dr Mahathir juga kini bersama-sama Muhyiddin, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau menyifatkan kemelut politik yang melanda Pakatan Harapan baru-baru ini adalah satu permainan politik yang dirancang untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.

”Ini permainan politik yang telah dirancang untuk pastikan supaya Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. Tun Mahathir tak jadi PM pun tak apa. Asalkan Anwar berada jauh dari jawatan itu. Sebab itu Tun Mahathir akan balik bersama TS Muhyiddin,” menurut beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Menjelaskan perkara tersebut, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu menambah, nada Dr Mahathir terhadap Muhyiddin pun sudah berubah sejak beliau mendakwa dikhianati Muhyiddin.

”Itu pada 1hb Mac. Hari ni, dia sudah kata kedudukan Muhyiddin kukuh dan akan mampu tolak undi tak percaya di dewan.

‘Sebenarnya, PPBM sudah semakin kuat. Kumpulan asas yang menyokong TS Muhyiddin adalah dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM (Bersatu).

”Kumpulan ini diketuai oleh Hamzah Zainudin dan namanya disebut jelas oleh TS Muhyiddin sebaik sahaja diketahui jawatan PM menjadi miliknya. Hamzah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Yang lain-lain juga dilantik ke beberapa jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.

”PPBM dikuatkan juga dengan kemasukan Azmin Ali dan 9 lagi Ahli-Ahli Parlimen yang keluar dari PKR. Mereka juga mendapat jawatan-jawatan penting dalam Jemaah Menteri,” tambahnya.

Shahrir berkata, Gabungan Parti Sarawak juga tidak rugi menyokong Muhyiddin sebagai parti rakan strategik kerana seorang wakilnya memegang jawatan sebagai menteri kanan, sedangkan tiada wakil Pas untuk jawatan yang sama.

”Bagi UMNO pula, ianya suatu yang pelbagai rasa. Ada yang pahit, ada yang manis.

”Yang pahit ialah kesedaran bahawa walaupun seseorang pemimpinnya menjadi calon parti yang menang dalam pilihan raya, dilantik pula sebagai Menteri, tapi apabila UMNO tidak jadi pemerintah, soal taat setia kepada parti sudah tidak relevan lagi.

”Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN (Parti Amanah Negara) dan Pas tidak begitu. Mereka kekal dengan parti. Kejadian melompat keluar dari parti lebih sangat dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO.

”Dan walaupun BN memenangi setiap PRK semenjak Cameron Highlands sehinggalah Tg Piai, ahli-ahli UMNO di akar umbi masih terdengar cerita-cerita kemungkinan adanya sekumpulan Ahli-Ahli Parlimen yang masih hendak bersama Tun Mahathir untuk mengimbangi Anwar Ibrahim dan DAP.

”Kesimpulannya, tidak penting soal maruah dan prinsip dalam politik. Jawatan itu penting. Ada jawatan, adalah kuasa. Ada kuasa, baru boleh cakap pasal maruah dan prinsip,” katanya penuh makna. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. PPBM sudah semakin kuat sebab dibantu oleh UMNO dan PAS. Kalau tidak, hancurlah parti bunga ini.

  2. memang satu percaturan yang baik. antara dua kumpulan yang berbeza. tak susah untok rakyat membuat pilihan. keduanya nyata samaada baik atau jahat nya. walau pun masing2 mengaku baik dan berjuang untok rakyat. tapi hakikatnya berbeza.

  3. Kotor dan hinanya pengamal politik Melayu.
    Masihkah ada maruah? Apa yg bakal kita jawab di Yaumul Mahsyar nanti?

  4. Tunggu dan lihat apabila tiba pru15 nanti, rakyat sdh tunaikan tanggung jawab di pru14 lalu tp mandat yg berteraskan demokrasi itu telah dirampas dgn rakusnya oleh pengkhianat2 dan perompak2 negara ini… Betapa malunya m’sia ini dihina oleh negara2 luar sekali lagi…

  5. “Kejadian melompat keluar dari parti lebih sangat dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO”
    Hehehe menang maruah tanah tergadai

  6. “Kejadian melompat keluar dari parti lebih sangat dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO”
    Hehehe menang sorak maruah tergadai

  7. Mana jati diri maufakat nasional? Mana? .. melinting sana sini… bertenang lah…. rakyat gembira sebab sudah tiada dap dalam kabinet. Maufakat nasional kena kerja kuat untuk pru 15. Rakyat bersama anda(maufakat nasional).

  8. Biasalah…TDM berjaya lemahkan dua ekor burung dengan lontaran sebiji batu sahaja:
    1. Ketepikan AI
    2. Ketepikan DAP
    Lepas ni kita tengok permainan UMNO dan bagaimana TDM menanganinya.

  9. Lps ni PRU akan dtg…kita pakat ddk rumah diam2 jelah.
    Tgk pun tkde untung…tkde rugi…
    Lebih kurang je semua…

  10. Ini lah pemikiran pemimpin umno yang sudah diberi ‘nyawa’ oleh BERSATU masih tidak tahu bersyukur.
    Bila kamu berada di luar meroyan sakan cadang kat kerajaan nak minta bubar parlimen la ada kerajaan layan….?
    Bila dah berada di dalam kerajaan buat lah kerja untuk kebaikan rakyat.
    Jangan rakyat tolak umno/bn kali ke 2 sudah lah….

Comments are closed.