Syed Zaid Albar

KUALA LUMPUR – Pasaran modal Malaysia termasuk Bursa Malaysia akan beroperasi seperti biasa semasa perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa mulai esok hingga 31 Mac, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pemberitahuan ini membolehkan para pelabur dimaklumkan, membuat keputusan tepat dan keluar tanpa halangan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Syed Zaid Albar berkata, semua pertukaran juga akan terus beroperasi secara adil dan teratur, dengan semua pengawasan peraturan yang diperlukan.

Menurut beliau, SC sudah sedia ada langkah-langkah kesinambungan perniagaan termasuk sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengenal pasti, mengurus dan mengurangkan potensi dan risiko baru muncul.

SC akan memantau semua aktiviti berkaitan pasaran dan pertukaran serta pasaran modal untuk memastikan ia telus, efisien dan aktiviti pasaran modal efektif termasuk penjelasan, penyelesaian dan operasi depositori.

“SC akan memantau secara teliti semua aktiviti yang berkaitan pasaran dan pertukaran serta pengantara pasaran modal untuk memastikan mereka terus menyediakan aktiviti pasaran modal yang telus, cekap dan berkesan, termasuk operasi penjelasan, penyelesaian dan depositori.

Tambahnya, SC dan Bursa Malaysia telah secara proaktif memantau perkembangan Covid-19 di peringkat nasional dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai skala tindak balas mereka untuk mengekalkan integriti pasaran. – MalaysiaGazette