TOKYO – Harga minyak jatuh pada hari Isnin selepas kebanyakan kerajaan melaksanakan sekatan perjalanan untuk membendung penyebaran wabak koronavirus global yang telah menghancurkan prospek terhadap permintaan minyak dan mengancam penguncupan ekonomi global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh AS$1.09, atau 4%, kepada AS$ 25.89 setong oleh 0209 GMT.

Manakala niaga mentah West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.15 sen, atau 0.7%, kepada AS$ 22.48 setong.

Harga minyak telah jatuh selama empat minggu berturut-turut dan penurunan kira-kira 60% sejak awal tahun ini.

Harga arang batu hingga tembaga juga telah dilanda krisis, sementara pasaran di dalam bon dan saham-saham merekodkan kejatuhan luar biasa.

Koronavirus telah menjangkiti lebih 325,000 orang dan mengorbankan kira-kira 14,000 orang di seluruh dunia, turut menjejaskan perniagaan, pengembaraan dan kehidupan manusia.

Banyak syarikat minyak telah bertindak mengurangkan perbelanjaan dan sesetengah pengeluar telah mula meminta para pekerja bercuti. – MalaysiaGazette