Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada sebahagian ahli Bersatu dan Armada selepas pada Mesyuarat Tertutup Ahli Bersatu dan ARMADA di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan sekumpulan doktor dan jururawat telah datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana untuk melakukan ujian saringan ke atasnya sebelum mengarahkan beliau dikuarantinkan selama 14 hari.

Kakitangan perubatan itu tiba ketika beliau hendak pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

Saringan itu dibuat susulan beliau didapati berada dengan dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen muda Pakatan Harapan (PH) pada 12 Mac lalu dan sebelum berakhir pertemuan itu mereka telah meminta bergambar dengannya.

“Saya tidak berfikir banyak. Saya tidak fikir ia boleh berlaku jangkitan. Mereka bersama-sama saya, rapat supaya saya berada dalam gambar yang dirakamkan.

“Pada 17 Mac, pembantu saya, Sufi menunjukkan gambar dan memberitahu salah seorang ahli parlimen dari Sarawak disahkan positif Covid-19.

”Saya tidak mahu berfikir begitu banyak. Saya berasa sihat. Sebenarnya, ramai pelawat memberitahu saya kelihatan sihat.

”Tetapi pihak berkuasa tidak berfikir begitu. Satu pasukan doktor dan jururawat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana saya bekerja dan menghalang saya ketika saya pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

”Mereka melakukan saringan dan memaklumkan supaya saya dikuarantin untuk 14 hari daripada tarikh kontak.

”Dan saya dikuarantin di rumah. Saya telah bercakap dengan orang ramai tentang seriusnya pandemik ini. Saya juga pernah melakukan klip video. Sekarang saya mesti serius dan terima supaya dikuarantinkan.

”Koronavirus ini adalah sesuatu yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Ia mudah berjangkit atau menular dan dalam beberapa ia membawa maut. Kami tidak mempunyai ubat atau vaksin untuk mengatasinya.

“Apa yang boleh kita lakukan ialah merawat gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan jika berlaku jangkitan paru-paru dan anda sudah tua, anda mungkin mati. Saya sudah tua, 94 tahun,” ujar beliau.

Tambahnya, ancaman yang disebabkan Covid-19 adalah disebabkan oleh jangkitan dan kemungkinan kematian, justeru untuk menguruskan jangkitan atau penularan, adalah menjadi keperluan untuk mengasingkan orang.

”Mereka mesti mengelak daripada rapat antara satu sama lain. Kerana kita biasanya tidak tahu siapa yang mempunyai virus, semua orang harus jauh dari satu sama lain,” katanya. – MalaysiaGazette

Tun Mahathir dikuarantin 14 hari

3 Komen

  1. Sepatutnya ngko kena sedar dari mula khabar dari Wuhan yang berlaku menularan wabak ini. Tapi kerana tamak duitbpelancung dari China, ngko open roler carpet merah kedatangan mereka. Ngkolah mengimport Covid-19 ini.

  2. Apa dah terjadi, dah berlaku…. Kita, yang masih nak menyalahkan orang kenapa?

    Adakah anda terlalu perfect?

  3. Kesian pulak kt sekumpulan doc n nurse tu yea…
    Rakyat marhain diluar ini lbh memerlukan…..

Comments are closed.