KUALA LUMPUR – Sohuur Project yang menerima sumbangan orang ramai sebanyak RM11,179 menyampaikan 30 kipas industri kepada klinik dan hospital.

Barang elektrik itu dikhususkan kepada kakitangan barisan hadapan yang terpaksa memakai ‘isolation coat’ semasa melakukan saringan dan merawat pesakit-pesakit Covid-19.

Sebanyak 18 kipas diserahkan kepada Pusat Kesihatan Daerah Petaling dan 7 lagi di bawah daerah Petaling,

Empat buah kupas diberikan kepada Klinik Kesihatan Selayang dan Hospital Selayang (6).

Manakala baki 2 kipas lagi akan diserahkan kepada mana-mana klinik yang membuat permintaan.

”Kutipan selama 3 hari bermula dari 16 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020 kami berjaya mengumpul sebanyak RM11,179 hasil pertolongan anda semua.

”Terima kasih juga kepada anda yg kongsikan crowdfunding ni dgn semua orang,” menurut Sohuur Project. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast