Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diminta menjadi pembangkang yang matang dengan tidak meremehkan langkah-langkah ekonomi yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara sedang berdepan dengan bencana Covid-19.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, terdapat suara-suara sumbang pemimpin PH yang ‘meronta-ronta’ apabila Perdana Menteri mengumumkan kemudahan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sedangkan ia adalah langkah tambahan berkaitan KSWP yang telah diumumkan oleh PM Interim untuk menurunkan
jumlah caruman KWSP kepada 7 peratus.

”Langkah sama, objektif sama demi kewangan rakyat, tetapi pemimpin Pakatan Harapan tidak pula meroyan ketika PM Interim umumkan.

“Kita menggesa pemimpin Pakatan Harapan, terutama Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang membidas beberapa langkah diumumkan oleh kerajaan, supaya bersikap lebih matang dan adil dalam membangkang.

”Ketika YAB PM-8 mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Wong Chen terus membidas tanpa berfikir.

”Walhal, pengumuman tersebut dibuat awal demi menjaga kemaslahatan atau kepentingan rakyat agar tidak panik dan mengelak pergerakan orang ramai yang telah berada di kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oleh itu, Shahir menggesa pemimpin PH untuk kurangkan politik ketika krisis Covid-19 ini demi rakyat, termasuk isu peruntukan kepada ahli Parlimen dan ADUN sewajarnya tidak menjadi bahan politik.

Katanya, ketika 22 bulan memerintah dan mendapat peruntukan RM300,000 dan RM 1.5 juta di Parlimen Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Subang, Muar dan Lembah Pantai tidak pula bising. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Banyak betul ngo sekarang ni mengunakan islam & melayu.

    Macam juga penasihat & presiden parti perompak pun guna kan melayu&islam.

    Sampai sekarang puas dah belek2 ucapan ulama dari kerajaan pengkhianat nasional ini, berkenan dgn nas yg membenarkan pengkhianat yg mereka lakukan…. Masih tak jumpa.

    Iyelah sibuk dgn covid19

    Tapi dalam masa yg sama pemimpin kerajaan pengkhianat nasional pula tak leka juga bercakap politik.

    Lempar batu sembunyi tangan.

    Apapun stay at home.
    #asalbukanmuhyidin

  2. Sy rasa arif ni bodoh jenis tak blh di ajar,meletakan semua org lain salah dan dia.sorang yg btl,cuba.awk jd presiden in house union di tempat kerja awk baru awk tau apa itu pemimpin,buat la apa saja awk akn dikta mcm2,jd skrg sy nk kata yg awk ni banggang.

  3. Tak pedulikan anjing menyalak bukit….
    Teruskan dgn usaha murni oleh kj pn…
    Yang memekak/meroyan bukannya rakyat tp mp pembangkang n sekor dua pengikutnya…

  4. Yg khianat amanah rakyat ialah kerajaan PH dulu. Segala harta islam dan melayu dijual. La ni masih nk kritik kerajaan PN yg bertungkus lumus nak benteras covid19. Masa PH memerintah dulu, ada le para ahli kabinetnya buat potongan gaji nk lunaskan hutang negara mcm para ahli kabinet PN buat la ni utk tabunh covid19?. Geng PH ni sembang brrdegar2 tp ekor bergelumang taik

  5. Nama saja ariff,, tpi rupanya bodoh !!! Orang yg bercakap dlm keadaan sombong dan ego melangit mcm nii.. 2 x 5 aje dgn iblis laknatullah !! Cakap nak perli¬≤ org mcm ni.. Piiirahhh..!! Dah tentu lah dia berbangsa melayu dan agama Islam.. Apa tak boleh ke nak gunakan perkataan mcm tu !! Yelah.. dah campur dgn kafir harbi dan puak2 munafik perkataan dan perangai kamu ni tak leh nak lari !! Ye tak?? Nak gunakan perkataan melayu tak boleh,, Islam pun tak boleh,, agak¬≤nya ariff abdul muluk ni bangsa apa Dan agama apa yee… Pergi jahanam la kau ariff abdul muluk !!!

  6. Ariff abdul muluk, awak ni rba dap ka?
    Yg khianat umat melayu islam adalah ph-dap, awak belum sedar lagi ka?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.