Foto hiasan

SERDANG – Seorang pesakit warga emas berumur 62 tahun yang disyaki berkemungkinan terjangkit Covid-19 telah membunuh diri di tandas hospital.

Pesakit itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, tetapi dikesan membunuh diri dalam tandas Wad 7D hospital tersebut pada Jumaat, malam.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, kejadian itu merupakan kes bunuh diri pertama melibatkan penularan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata,  pondok polis Hospital Serdang menerima aduan seorang jururawat pada 7.40 malam.

Katanya, warga emas itu telah dimasukkan ke hospital untuk menerima pemeriksaan COVID-19 pada 2.30 pagi Khamis lalu.

Pegawai penyiasat dan jurugambar polis yang tiba di tempat kejadian telah melakukan persiapan perlindungan sepenuhnya semasa melakukan siasatan di tempat kejadian.

Jasad warga emas tersebut dikendalikan Hospital Serdang.

Orang ramai yang berdepan masalah kemurungan boleh menghubungi Befrienders 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast