Jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta,- Gambar hiasan.

ANKARA- Jumlah korban di seluruh dunia akibat COVID-19 melebihi 30,000 pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling banyak mencatatkan kematian, tetapi Amerika Syarikat melaporkan kes jangkitan tertinggi iaitu 115,547.

Korban paling ramai direkodkan di Itali iaitu 10,023 orang dengan hampir 92,500 kes, manakala Sepanyol mencatatkan 5,812 kematian dan lebih 72,200 kes jangkitan.

China, negara pertama virus itu mula dikesan mencatatkan hampir 3,300 kematian dan hampir 82,000 kes.

Sementara itu, angka korban di Iran mencecah 2,517 dan jumlah kes melebihi 35,400.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast